Thursday, November 10, 2011

Hadiah DAP Untuk Kakitangan Awam Malaysia

Hasrat DAP untuk mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 disifatkan sebagai satu penghinaan kepada kakitangan kerajaan yang merupakan penyumbang terbesar terhadap kemajuan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) berkata, tindakan DAP itu juga dianggap sebagai tidak mengenang jasa kakitangan awam yang telah berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju serta moden berbanding sebelum ini.

‘‘Macam tidak kena apabila orang yang banyak berjasa kepada negara dalam mentransformasikan wajah Malaysia daripada negara miskin kepada moden diperlakukan seumpama itu.

‘‘Justeru, saya merasakan cadangan DAP untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam adalah satu penghinaan kepada kakitangan awam yang sudah bertungkus lumus dalam proses pembangunan negara. Mereka sepatutnya diiktiraf dan bukannya diperlakukan seperti itu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua kepada sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini mengenai cadangan untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya pembangkang dipilih sebagai pemerintah negara.

Kenyataan tersebut mendapat reaksi daripada pelbagai pihak yang menyifatkan ia mengukuhkan lagi dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.
Menurut Nor Mohamed, penjawat awam telah banyak berkorban untuk memajukan negara ini dan seharusnya pengorbanan itu diiktiraf dan dihargai oleh semua pihak.

No comments:

Post a Comment