Tuesday, December 14, 2010

WiKileaks : ISU LIWAT ANWAR IBRAHIM

     Pendedahan laman web WikiLeaks mengenai penglibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti homoseksual bukan diperoleh daripada maklumat Kementerian Pertahanan.

     Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, justeru pihaknya enggan memperakukan sama ada maklumat yang diperoleh WikiLeaks tersebut adalah benar atau sebaliknya.
Namun katanya, kementerian sedang meneliti kesemua maklumat yang didedahkan oleh WikiLeaks berhubung negara ini bagi menentukan kesahihannya.

     ''Kita rasakan bahawa maklumat-maklumat yang diberikan (WikiLeaks) adalah diperoleh daripada sumber tidak rasmi dan Kementerian Pertahanan tidak dapat memperakukan maklumat yang terkeluar itu," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

     Ahmad Zahid diminta mengulas pendedahan WikiLeaks mengenai penglibatan Anwar dalam aktiviti seks songsang yang mana kes liwatnya sedang dibicarakan di mahkamah.
Pendedahan itu dibuat WikiLeaks berdasarkan maklumat daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

      Menurut WikiLeaks, dalam laporan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat itu, pegawai-pegawai perisikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat sebagaimana pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

      Maklumat risikan itu dikukuhkan lagi apabila WikiLeaks juga mendedahkan bahawa Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, sendiri pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) sewaktu mereka bertukar-tukar pandangan bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat.
Ahmad Zahid menambah, pihaknya sering memantau serta mengemaskinikan rahsia besar dan maklumat sulit negara bagi memastikan tidak berlaku kebocoran ke atas perkara-perkara itu.
Dalam perkembangan berkaitan katanya, Singapura serta negara-negara ASEAN lain masih belum menghubungi Malaysia untuk bekerjasama dalam hal perkongsian maklumat itu.

SS : Pendedahan demi pendedahan dilakukan terhadap salahlaku Anwar Ibrahim. Selepas ini kita lihat pula apa kata kuda2 kayu Anwar Ibrahim dan auta dari Anwar Ibrahim.

1 comment:

  1. Salam...nama pun kuda kayu..mana ada akal nak terima semua ni..

    ReplyDelete