Tuesday, December 21, 2010

MALAYSIA MAJU HASIL MUAFAKAT

GEORGETOWN - Ramuan utama kejayaan yang sedang dikecapi Malaysia adalah hasil muafakat dan kerjasama rakyatnya yang berbilang kaum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, di sebalik banyak perbezaan yang wujud, rakyatnya masih mampu berkongsi kejayaan secara bersama.

“Kita tidak boleh bertindak bersendirian, semua kaum dan etnik kena bekerjasama untuk mewujudkan negara yang makmur dan harmoni pada abad ke-21 ini.

“Kita perlu bergerak bersama-sama sejajar dengan konsep 1Malaysia. Jangan lakukan perkara yang boleh pecah belah masyarakat kerana akhirnya kita semua yang rugi,” katanya ketika merasmikan Konvensyen 43 Institut Akhbar-Akhbar Bahasa Cina Sedunia, di sini, semalam.

Ini adalah kali kelima konvensyen itu diadakan di Malaysia. Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Presiden Institut Akhbar-Akhbar Bahasa Cina Sedunia, Tan Sri Tiong Hiew King; dan Pengerusi Persatuan Wartawan Cina, Tian Cong Ming.

Najib turut menggariskan tiga peranan komuniti media untuk menghadapi pelbagai cabaran termasuk daripada komunikasi dalam talian yang lebih pantas penyebaran berita, murah untuk pengendalian dan aksesnya yang lebih luas.

Sehubungan itu, media Cina diminta menjadi peneraju untuk memainkan peranan sebagai penganjur kesederhanaan, 'menara pantau' dan pemangkin untuk pembangunan.

Katanya, semua media perlu memainkan peranan sebagai penganjur kesederhanaan untuk mengetengahkan dan menonjol semula agenda keamanan dan pragmatisme.

“Gerakan kesederhanaan boleh meminggirkan ekstremisme. Melalui keazaman bersama, kita boleh membina dunia yang lebih rasional, selamat dan saksama.

“Apabila media menyampaikan mesej mengenai majoriti yang mahukan keamanan dan kesederhanaan di seluruh dunia, dunia baru ini sesungguhnya boleh kita capai termasuk melalui agama dan budaya,” katanya.
Sumber : Sinarharian

Tuesday, December 14, 2010

WiKileaks : ISU LIWAT ANWAR IBRAHIM

     Pendedahan laman web WikiLeaks mengenai penglibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti homoseksual bukan diperoleh daripada maklumat Kementerian Pertahanan.

     Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, justeru pihaknya enggan memperakukan sama ada maklumat yang diperoleh WikiLeaks tersebut adalah benar atau sebaliknya.
Namun katanya, kementerian sedang meneliti kesemua maklumat yang didedahkan oleh WikiLeaks berhubung negara ini bagi menentukan kesahihannya.

     ''Kita rasakan bahawa maklumat-maklumat yang diberikan (WikiLeaks) adalah diperoleh daripada sumber tidak rasmi dan Kementerian Pertahanan tidak dapat memperakukan maklumat yang terkeluar itu," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

     Ahmad Zahid diminta mengulas pendedahan WikiLeaks mengenai penglibatan Anwar dalam aktiviti seks songsang yang mana kes liwatnya sedang dibicarakan di mahkamah.
Pendedahan itu dibuat WikiLeaks berdasarkan maklumat daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

      Menurut WikiLeaks, dalam laporan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat itu, pegawai-pegawai perisikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat sebagaimana pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

      Maklumat risikan itu dikukuhkan lagi apabila WikiLeaks juga mendedahkan bahawa Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, sendiri pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) sewaktu mereka bertukar-tukar pandangan bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat.
Ahmad Zahid menambah, pihaknya sering memantau serta mengemaskinikan rahsia besar dan maklumat sulit negara bagi memastikan tidak berlaku kebocoran ke atas perkara-perkara itu.
Dalam perkembangan berkaitan katanya, Singapura serta negara-negara ASEAN lain masih belum menghubungi Malaysia untuk bekerjasama dalam hal perkongsian maklumat itu.

SS : Pendedahan demi pendedahan dilakukan terhadap salahlaku Anwar Ibrahim. Selepas ini kita lihat pula apa kata kuda2 kayu Anwar Ibrahim dan auta dari Anwar Ibrahim.

Thursday, December 9, 2010

MELAYU KENA AMBIL IKTIBAR

Rakyat P.Pinang berkumpul di hadapan Dewan DUN bantah Ketua Menteri Lanun!

Sekumpulan kira-kira 100 orang yang mewakili peniaga di Komtar dan ahli Parti Cinta Malaysia mengadakan bantahan di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pagi ini.

Mereka membantah kenaikan tarif air dan isu pengambilan tanah di Balik Pulau. Penunjuk perasaan juga menuntut untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi dihalang oleh dua pagar yang berkunci di luar bangunan itu.

Laungan “pengecut” dan “Allahu Akbar” bergema sambil penunjuk perasaan menggoncang pagar berkenaan.

DUN Pulau Pinang mula bersidang semalam.

KERANA SIKAP HILANG PERPADUAN

Dalam mencapai perpaduan hidup bermasyarakat dan bernegara, manusia tidak terlepas dari menghadapi rintangan dan halangan. Halangan-halangan itu ada yang berpunca dari dalam diri seseorang individu itu sendiri dan tidak kurang juga datangnya dari luar diri manusia sendiri sama ada sesama manusia atau makhluk Allah yang lain iaitu syaitan.


Sifat sombong dan bangga diri sendiri sering menjadi penghalang utama bagi seseorang untuk menerima pendapat atau buah fikiran orang lain. Sikap ini akan mendorong berlakunya keretakan dan perpecahan baik di peringkat rumahtangga, keluarga, masyarakat dan bernegara. Sikap sombong sering membawa individu atau kumpulan melakukan keganasan dan kekerasan kepada orang lain. Akhirnya ia mencetuskan permusuhan dan peperangan. Allah mengutuk manusia yang bersikap demikian.

Berlaku tidak jujur atau bersifat keras terhadap orang lain sering menimbulkan rasa tidak puashati dan dendam antara sesama manusia, lebih-lebih lagi antara yang memerintah dengan yang diperintah. Perbuatan keras akan merenggangkan perhubungan dan menghapuskan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain. Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)...'

(Muttafak ‘alaihi)

Perbuatan suka mengintip dan menyebarkan keburukan orang lain juga merupakan punca yang menghalang perpaduan. Sesungguhnya tidak ada sesiapa yang suka dirinya diintip dan juga tidak rela apa jua keburukannya didedah dan dihebahkan yang boleh menjatuhkan maruah dan air mukanya. Islam memberi perhatian tentang perbuatan keji seumpama ini. Dalam hubungan ini, Allah dan Rasul-Nya mengingatkan umat Islam supaya menjauhi perbuatan intip mengintip dan mengumpat keji sesama sendiri. Allah berfirman yang bermaksud:

'Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengah yang lain...'

(Surah al-Hujurat : 12)

Selain daripada perbuatan mengumpat dan mendedahkan keburukan orang lain menjadi faktor penghalang perpaduan, perbuatan suka menghina dan merendah-rendahkan orang lain dengan memberi gelaran-gelaran yang hina juga adalah faktor penghalang perpaduan yang utama dalam masyarakat umat Islam hari ini termasuklah di kalangan umat Islam di Malaysia. Nama-nama serta gelaran yang buruk ini lebih ketara dalam ucapan ahli-ahli politik ketika memburuk-burukkan lawannya di musim kempen pilihanraya, termasuklah ucapan mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang-pejuang Islam tulen. Gelaran-gelaran sebagai 'thghut', 'fir’aun' dan sebagainya sering diberikan kepada individu atau pihak-pihak tertentu. Berkenaan hal ini, antara lain Allah berfirman yang bermaksud:

'...Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk...'

(Surah al-Hujurat : 11)

Wednesday, December 8, 2010

ISU SEMASA

Amat bersesetuju dengan tindakan Menteri Pelajaran mewajibkan mata pelajaran sejarah adalah subjek wajib. Ini dapat dilihat yang mana Negara lain diAsean seperti Indonesia mewajibkan pelajaran sejarah untuk mendapat kelulusan didalam peperiksaan.
Pada hari ini ianya amat berbeza dengan waktu lampau yang mana para pelajar langsung tidak tahu tentang sejarah yang benar-benar terjadi terutamanya kejadian yang berlaku didalam Negara kita sendiri. Amat malang sekali sebagai rakyat Malaysia yang kaya dengan sejarah tersendiri, tapi malangnya diambil mudah sehingga ramai golongan anak-anak kita yang buta sejarah.
Kita tak perlu nak hafal tarikh serta nak ingat semua sejarah tentang Negara lain diAsean seperti zaman pesekolahan kita dulu. Apa yang penting kita kenali dan kita ingat apa dia sejarah yang berlaku diNegara kita.
Harapan kita semua, selepas ini kesedaran anak-anak remaja kita akan bertambah dan tiada lagi sebarang tindakan yang mengelirukan yang akan mereka buat kerana mereka mengenali sejarah secara jelas dan negara akan aman makmur.

Friday, December 3, 2010

KERAJAAN NEGERI BERUSAHA MENGURANGKAN DEFISIT 2011

KUANTAN 30 Nov. - Kerajaan negeri berusaha mengurangkan jurang defisit pada Bajet 2011 dengan melakukan perbelanjaan berhemah dan kutipan hasil yang efektif.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, berdasarkan prestasi sebelum ini kerajaan berjaya mengurangkan nilai anggaran defisit malah berlaku lebihan.

Beliau berkata, sebagai contoh, bajet 2005 dianggarkan mengalami defisit lebih RM20 juta, sebaliknya berlaku lebihan berjumlah RM72.7 juta.

"Sejak saya memegang jawatan sebagai Menteri Besar pada 1999, kerajaan negeri mengalami bajet defisit hanya dua kali, sementara enam kali berlaku lebihan dan tiga kali mengalami bajet yang seimbang.

"Bagaimanapun, sejak 1963 hingga kini, Pahang telah mengalami bajet lebihan sebanyak 25 kali, 19 kali defisit dan tiga kali seimbang," katanya ketika menggulung Bajet 2011 kerajaan negeri pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.

Terdahulu, Adnan membentangkan bajet defisit bagi tahun 2011 berkurangan kepada RM68.2 juta berbanding tahun ini iaitu sebanyak RM92.48 juta.

Tambah Adnan, pada masa kini, Pahang mempunyai hasil cukup terhad walaupun merupakan sebuah negeri yang terbesar di semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, beliau turut menyelar kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan negeri akan menjadi bankrap jika berterusan membentangkan bajet defisit.

"Bila sebut defisit kita kena faham bahawa kerajaan membela rakyat, hasil yang diperolehi kita akan agihkan kembali untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat," jelasnya. (Sumber : Utusan Malaysia)